Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 27, 2012


Suami demam semalam sampai hari ni. Isteri jaga dengan sepenuh hati. Sekarang bulan puasa, dan malam semalam isteri kerja malam. Isteri belikan sahur dan balik makan sahur bersama walaupun isteri sedang bekerja dan sarat mengandung. Pagi ni isteri balik kerja pukul 9 pagi dan tuam kepala suami dgn kain basah. Alhamdulillah suami dah sihat dan suami amat sayangkan isteri. :) Terima kasih isteri tercinta. Jazakallahu khoiran kasiro.

Thursday, March 8, 2012

Kad Jemputan






Warna kad jemputan yang sebenar adalah merah campur pink, bukan pink macam kat atas. Softcopy kat atas adalah rough design sebelum print. Nanti saya ambil gambar yang sebenar:)

Kepada sahabat dan kenalan yang tak dapat kad jemputan tapi dapat jemputan melalui mukabuku harap jangan segan nak datang. Peta di atas! Minta maaf kepada yang saya tak sempat nak pos kad. 

Kalau tersesat atau nak tanya jalan, telefon no yang ada di kad. InsyaAllah kalau bukan saya, adik saya yang akan angkat nanti.

ps: Bagi sahabat Tarmizi dan Natasha yang tidak berkesempatan untuk hadir di majlis kenduri kesyukuran pengantin perempuan, insyaAllah jemput hadir di majlis kenduri kesyukuran di pihak lelaki yang akan diadakan pada 2 Jun 2012 nanti di Perak. InsyaAllah.

Wednesday, March 7, 2012

Monday, February 20, 2012

Persiapan sebelum kahwin!


















Selalunya apa org buat waktu dekat2 nak kahwin ye? mmglah yg plg penting persediaan niat yg benar, akidah dan iman yg mantap, serta segala ilmu2 agama utk akhirat. Maksud saya adalah mcm gunting rambut ke, pergi gym ke, jaga makan ke, yo opo-opo je lah. dah tinggal lg 3 minggu nak kahwin ni, mula la pikir mcm2...

hr jumaat 17hb pegi k.l dgn ayah, teman ambik surat pencen mak kat kkm putrajaya. alhamdulillah lancar. sempat gak la tanya ttg surat pelantikan farmasi bila nak keluar. seperti biasa jwpn sama didengar. takpelah, sabar ye abg tarmizi. lps tu jumpa kwn sekerja ayah di jeddah, org south africa. zaheeda, seorg pharmacist melancong ke Malaysia dgn sepupu dia yg dah berkeluarga (i never ask his name) seorg engineer di Qatar (aluminium factory).

kami anak-beranak pun bwk la dua pelancong south africa ni jalan2 kat putrajaya,(p/s: only zaheeda and his cousin, family cousin kena tinggal kat hotel), first spot hospital putrajaya, department farmasi. sbb ayah ada kawan dkt farmasi putrajaya, maka bolehlah kami membuat informal tour dkt situ. waktu tour, teringat pulak ada junior ITB kerja kat situ, iaitu cik Amal Musliha yg juga mengenali adinda Natasha. sdg dlm mencari amal musliha, terserempak pulak dgn cik Nuruz Zakiah a.k.a zaza classmate sebatch ITB sy dahulu. sebenarnya saya tak pernah tahu pun cik Zaza kerja kat putrajaya. selepas bertegur sapa sepatah dua, dan juga berjumpa dgn cik Amal, maka saya pun menghulurkan kad jemputan perkahwinan di Machang pd 11 Mac ni. tak tahulah depa boleh dtg ke tak, tp saya hentam hulur je sbb dah terbawak atas arahan ayah. kalau org jemput, wajib dtg ye. :)

dan tidak semena-mena kami pun meneruskan perjalanan ke masjid putrajaya krn berniat melaksana solat fardhu jumaat dua rakaat tunai makmum kerana Allah taala. jakun mmg tak jakun sgt la saya ni sbb first time dtg masjid tu, mengalahkan pelancong south africa nun. kami singgah makan skjp dkt medan selera kat bwh masjid, kena lah rm 40 makan nasi plus minum 4 kepala. lps tu kami berangkat la smyg jumaat, dgn sedemikian sewaktu kami melangkahkan kaki utk masuk ke masjid (zaheeda pun nak smyg jumaat jgk), tiba2 kami dihentikan dgn seorg makcik yg sdg memarahi zaheeda dan melarangnya masuk ke masjid krn tidak menutup aurat. rupa2nya makcik tersebut menyuruhnya menutup aurat dahulu barulah boleh memasuki masjid. subhanallah, sy mmg mcm nak menangis kesyahduan dgr bilal azan kat masjid putra. mmg sedap sungguh dgr live mcm tu. sy x berapa igt nama beliau, something ustaz syed something. dipendekkan cerita, waktu khutbah sy tertidur sbb ngantuk sgt bertajuk sy pun dah lupa.

seperti itulah nukilan saya pd pagi ni, org kata menulis lps pukul 1 pagi dah x betul dah, apa yg ditulis smua merapu je, so better stop it. bye, assalammualaikum.

Sunday, January 8, 2012

10 Mac 2012

Salam,

62 hari lagi sebelum sampai tarikh di atas. Alhamdulillah semoga dipermudahkan seterusnya sehingga tiba waktunya. 

Saya impikan sebuah perkahwinan yang "SIMPLE YET MEANINGFUL" macam tema majlis pertunangan yang lepas. Apa yang penting tidak membazir dan niat tak boleh menunjuk-nunjuk.


Machang. (pertama kali menulis di blog kita semasa berada di Machang)

Wednesday, November 23, 2011

sabar dan tawakal
















Dalam sesuatu hubungan tiada yang sempurna. Samalah dengan sifat makhluk yang tidak sempurna dan sentiasa lupa, lalai dan melakukan kesalahan. Hanya Allah Yang Maha Sempurna. Maka Allah kurniakan kepada manusia sifat sabar dan redha, di mana dengannya kita dapat menahan diri dengan perisai yang sangat sempurna dari nafsu amarah dan tidak bersyukur. Hanya hamba Allah yang benar-benar beriman dan kuat pegangan akidahnya sahaja yang mengerti kepentingan sabar dan redha dalam kehidupan di dunia ini.


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَالعَصرِ ﴿١﴾(1) Demi Masa!إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ ﴿٢﴾(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ ﴿٣﴾(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "No one can be given a blessing better and greater than patience."

[Sahih Al-Bukhari, Volume 2, Hadith 548]