Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

sabar dan tawakal
















Dalam sesuatu hubungan tiada yang sempurna. Samalah dengan sifat makhluk yang tidak sempurna dan sentiasa lupa, lalai dan melakukan kesalahan. Hanya Allah Yang Maha Sempurna. Maka Allah kurniakan kepada manusia sifat sabar dan redha, di mana dengannya kita dapat menahan diri dengan perisai yang sangat sempurna dari nafsu amarah dan tidak bersyukur. Hanya hamba Allah yang benar-benar beriman dan kuat pegangan akidahnya sahaja yang mengerti kepentingan sabar dan redha dalam kehidupan di dunia ini.


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَالعَصرِ ﴿١﴾(1) Demi Masa!إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ ﴿٢﴾(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ ﴿٣﴾(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "No one can be given a blessing better and greater than patience."

[Sahih Al-Bukhari, Volume 2, Hadith 548]

Tuesday, November 8, 2011

Thursday, November 3, 2011

10

Assalamualaikum wbt,

10 hari sebelum majlis pertunangan. Saya hanya akan pulang ke Malaysia pada 10 November. Persiapan saya buat dari jauh sahaja, sebenarnya banyak bantuan dari ma abah. Dah beli juga barang untuk hantaran dari sini. Tak ada masalah menurut saya sebab majlis yang saya rancang dan impikan hanyalah majlis ringkas dan semuanya mengikut syariat Islam dan yang lebih penting tidak membazir. Prinsip saya jangan bazirkan pada majlis tunang, simpan duit untuk majlis walimah nanti.

Sebenarnya ramai yang terkejut bila saya beritahu akan bertunang 12 November nanti.

"Are you sure? Today's already 2nd November" Abang Ezel

"Wah tak lama dah tu!" Kem.

Sebenarnya macam tak percaya juga akan bertunang nanti. Rasa macam cepatnya. Hehe :)

Alhamdulillah dipermudahkan. Semoga segalanya nanti berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.

Amin.

with love,
Bandung

Engagement

Its been long time since I wrote in here. 2 previous entries were from him :)

Alhamdulillah,

12th November 2011. 

"SIMPLE YET MEANINGFUL"