Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 3, 2011

10

Assalamualaikum wbt,

10 hari sebelum majlis pertunangan. Saya hanya akan pulang ke Malaysia pada 10 November. Persiapan saya buat dari jauh sahaja, sebenarnya banyak bantuan dari ma abah. Dah beli juga barang untuk hantaran dari sini. Tak ada masalah menurut saya sebab majlis yang saya rancang dan impikan hanyalah majlis ringkas dan semuanya mengikut syariat Islam dan yang lebih penting tidak membazir. Prinsip saya jangan bazirkan pada majlis tunang, simpan duit untuk majlis walimah nanti.

Sebenarnya ramai yang terkejut bila saya beritahu akan bertunang 12 November nanti.

"Are you sure? Today's already 2nd November" Abang Ezel

"Wah tak lama dah tu!" Kem.

Sebenarnya macam tak percaya juga akan bertunang nanti. Rasa macam cepatnya. Hehe :)

Alhamdulillah dipermudahkan. Semoga segalanya nanti berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.

Amin.

with love,
Bandung

No comments: