Selalunya apa org buat waktu dekat2 nak kahwin ye? mmglah yg plg penting persediaan niat yg benar, akidah dan iman yg mantap, serta segala ilmu2 agama utk akhirat. Maksud saya adalah mcm gunting rambut ke, pergi gym ke, jaga makan ke, yo opo-opo je lah. dah tinggal lg 3 minggu nak kahwin ni, mula la pikir mcm2...
hr jumaat 17hb pegi k.l dgn ayah, teman ambik surat pencen mak kat kkm putrajaya. alhamdulillah lancar. sempat gak la tanya ttg surat pelantikan farmasi bila nak keluar. seperti biasa jwpn sama didengar. takpelah, sabar ye abg tarmizi. lps tu jumpa kwn sekerja ayah di jeddah, org south africa. zaheeda, seorg pharmacist melancong ke Malaysia dgn sepupu dia yg dah berkeluarga (i never ask his name) seorg engineer di Qatar (aluminium factory).
kami anak-beranak pun bwk la dua pelancong south africa ni jalan2 kat putrajaya,(p/s: only zaheeda and his cousin, family cousin kena tinggal kat hotel), first spot hospital putrajaya, department farmasi. sbb ayah ada kawan dkt farmasi putrajaya, maka bolehlah kami membuat informal tour dkt situ. waktu tour, teringat pulak ada junior ITB kerja kat situ, iaitu cik Amal Musliha yg juga mengenali adinda Natasha. sdg dlm mencari amal musliha, terserempak pulak dgn cik Nuruz Zakiah a.k.a zaza classmate sebatch ITB sy dahulu. sebenarnya saya tak pernah tahu pun cik Zaza kerja kat putrajaya. selepas bertegur sapa sepatah dua, dan juga berjumpa dgn cik Amal, maka saya pun menghulurkan kad jemputan perkahwinan di Machang pd 11 Mac ni. tak tahulah depa boleh dtg ke tak, tp saya hentam hulur je sbb dah terbawak atas arahan ayah. kalau org jemput, wajib dtg ye. :)
dan tidak semena-mena kami pun meneruskan perjalanan ke masjid putrajaya krn berniat melaksana solat fardhu jumaat dua rakaat tunai makmum kerana Allah taala. jakun mmg tak jakun sgt la saya ni sbb first time dtg masjid tu, mengalahkan pelancong south africa nun. kami singgah makan skjp dkt medan selera kat bwh masjid, kena lah rm 40 makan nasi plus minum 4 kepala. lps tu kami berangkat la smyg jumaat, dgn sedemikian sewaktu kami melangkahkan kaki utk masuk ke masjid (zaheeda pun nak smyg jumaat jgk), tiba2 kami dihentikan dgn seorg makcik yg sdg memarahi zaheeda dan melarangnya masuk ke masjid krn tidak menutup aurat. rupa2nya makcik tersebut menyuruhnya menutup aurat dahulu barulah boleh memasuki masjid. subhanallah, sy mmg mcm nak menangis kesyahduan dgr bilal azan kat masjid putra. mmg sedap sungguh dgr live mcm tu. sy x berapa igt nama beliau, something ustaz syed something. dipendekkan cerita, waktu khutbah sy tertidur sbb ngantuk sgt bertajuk sy pun dah lupa.
seperti itulah nukilan saya pd pagi ni, org kata menulis lps pukul 1 pagi dah x betul dah, apa yg ditulis smua merapu je, so better stop it. bye, assalammualaikum.