Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 5, 2011

Cinta

Terima kasih Cinta.

Cinta itu membahagiakan dan membuatkan hidup lebih bersemangat.

Love,
Sayang.

Turning point in life....


Everyone has a turning point in his/her life... ayat ni mungkin agak jarang didengar.. tapi inilah antara nasihat pertama yg saya terima dari seseorang yg istimewa dlm hidup saya.. dan tak dapat saya sangkal ayat ni memang amat istimewa bagi diri saya yang selalu tidak jelas dengan arah tujuan hidup saya sendiri sebelum ini.. :)

Selepas bertemu dengan dia.. hidup saya seakan-akan mendapat sinaran baru, seakan-akan mendapat sesuatu pencerahan ke atas diri saya sendiri dan jalan hidup yang akan saya tempuhi di masa-masa mendatang...

terima kasih yang tak terhingga ke atas si dia yang telah memberikan aku satu titik penting perubahan dlam hidup saya dimana sebelum ini saya memang kurang jelas... tetapi kini mataku dan hatiku telah terbuka dengan seluas-luasnya untuk melihat apa yang ada di hadapanku dan jalan-jalan yang ingin aku tempuhi...

syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi Tuhan semesta alam, yang menunjukkan jalan yang lurus; iaitu jalan orang-orang yang Allah anugerahkan nikmat kepada mereka, dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai Allah dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat. Lahawla wala quwwata illabillah huwal alliyul azhim. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Agung. InsyaAllah jika kita berusaha untuk mencari dan mengikuti jalan Allah yang lurus, maka Allah tak akan mensia-siakan hamba-hambaNya yang tulus dan ikhlas mengharapkan petunjuk dan hidayah dariNya. Amin.

Saturday, July 2, 2011

Ragu-ragu dengan dia

Salam, 

Pertama kali saya kenal dia tahun ni rasanya. Kenal sebagai abang kepada kawan adik saya. Semuanya cepat. Tetiba rasa dah nak kahwin. Hahaha. Semua orang terkejut termasuk saya pun terkejut. 

Masa awal dia call ma saya dan ma saya cakap dengan saya, lepas tu dia pun call saya. Rasa TERKEJUT. Dalam hati masa tu kata, "biar benar budak ni serius ke?". Terus malam dia melamar tak dapat tidur bercampur dengan hari pertama praktikal di tempat baru. Esok pagi tambah lagi terkejut sebab dia kata nak merisik masa raya nanti. TERKEJUT dua kali sebab rasa dia memang betul-betul serius.

Tapi hati saya masih ragu-ragu. Terus petang selepas balik dari hospital saya tanya dia apa rancangan dia untuk menikah. Terus dia balas balik dengan ayat yang yakin, nak bertunang bulan 12 tahun ni dan menikah bulan 6 tahun depan.(saya masih simpan sms ni dalam hp, panjang lagi sebenarnya)

Saya ni memang suka bertanya, saya tanya lagi dia memang yakin ke dengan pilihan dia nak jadikan saya isteri. Ayat yang saya tak boleh lupa, "saya harap sangat awak jadi isteri saya". Senyum sorang-sorang masa tu. Hehe. Kantoi!

Lepas sebulan dari tarikh dia lamar saya baru hilang rasa ragu-ragu. Semakin lama kenal semakin jatuh cinta. Hee. Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Masuk bulan kedua semakin sayang lagi rasa :) 

Tersenyum dah tulis entri kali ni. 


Friday, July 1, 2011

1.7: Membina Kerjaya & Masjid

Salam, 

Pertama kali menulis di sini. Tajuk kat atas sebenarnya tarikh harini. Sengaja nak ingat harini sebab dah habis 6 bulan untuk tahun 2011 dan tak sangka 6 bulan pertama 2011 penuh kejutan. Masuk fasa kedua tahun 2011, tinggal 6 bulan lagi. 

6 bulan pertama 

  • Alhamdulillah lulus final exam yang susah! Rasa lega dengan 6 tahun belajar. 

  • Alhamdulillah jumpa soulmate/calon suami. Perkara kedua yang memang tak pernah sangka pun akan jumpa calon suami dekat Bandung. Dia pun datang setelah saya selesai final exam semua. Memang tak ada sebab nak tolak lagi. Tapi itu bukan sebab utama saya terima dia juga. Cerita kenapa saya terima dia akan tulis cerita lain. Sangat happy juga sebab dia belajar di Institut Teknologi Bandung (ITB). Tapi yang penting dia belajar di Bandung juga sama dengan saya walaupun beza tempat, saya di Universitas Padjadjaran (UNPAD).

6 bulan kedua
Rancangan kami nak bertunang bulan 12 yang akan datang. Pada masa yang sama juga akan menikah(nikah gantung). Saya masih tak dapat gambaran tentang nikah, tapi kalau tunang insyaAllah sudah dapat gambaran. Tadi masa tengah tak ada kerja terfikir nak tunang pagi dan nikah malam. Boleh ke? Kena tanya juga dia yang nak nikah dengan saya. (masa tulis ni belum tanya dia). Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami berdua untuk membina masjid.

Hal teknikal insyaAllah boleh diusahakan lebih mudah berbanding hal bersangkutan tanggungjawab dan persediaan mental. Maksud saya, ilmu agama yang ada dalam dada ni dah cukup ke? Pernah nangis merah-merah mata fikir tentang diri. Betul ke aku ni nak jaga anak teruna orang ni? -_-". Takkan nak menyerah sebelum usaha. Itu bukan saya. InsyaAllah boleh punya! Daripada tak kawen baik kawen. Tetibe ayat gatal pulak:)

Ramai tanya kenapa saya suka dia. Ramai nak tau siapa dia. Tetibe dia menjadi hotstuff.

I love him with no reason :)

Oklah babai. Saja nak test tulis kat sini. Lepasni abang pulak kena tulis.

Love, 
Sayang (Natasha).