Salam,
Pertama kali menulis di sini. Tajuk kat atas sebenarnya tarikh harini. Sengaja nak ingat harini sebab dah habis 6 bulan untuk tahun 2011 dan tak sangka 6 bulan pertama 2011 penuh kejutan. Masuk fasa kedua tahun 2011, tinggal 6 bulan lagi.
6 bulan pertama
- Alhamdulillah lulus final exam yang susah! Rasa lega dengan 6 tahun belajar.
- Alhamdulillah jumpa soulmate/calon suami. Perkara kedua yang memang tak pernah sangka pun akan jumpa calon suami dekat Bandung. Dia pun datang setelah saya selesai final exam semua. Memang tak ada sebab nak tolak lagi. Tapi itu bukan sebab utama saya terima dia juga. Cerita kenapa saya terima dia akan tulis cerita lain. Sangat happy juga sebab dia belajar di Institut Teknologi Bandung (ITB). Tapi yang penting dia belajar di Bandung juga sama dengan saya walaupun beza tempat, saya di Universitas Padjadjaran (UNPAD).
6 bulan kedua
Rancangan kami nak bertunang bulan 12 yang akan datang. Pada masa yang sama juga akan menikah(nikah gantung). Saya masih tak dapat gambaran tentang nikah, tapi kalau tunang insyaAllah sudah dapat gambaran. Tadi masa tengah tak ada kerja terfikir nak tunang pagi dan nikah malam. Boleh ke? Kena tanya juga dia yang nak nikah dengan saya. (masa tulis ni belum tanya dia). Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami berdua untuk membina masjid.
Hal teknikal insyaAllah boleh diusahakan lebih mudah berbanding hal bersangkutan tanggungjawab dan persediaan mental. Maksud saya, ilmu agama yang ada dalam dada ni dah cukup ke? Pernah nangis merah-merah mata fikir tentang diri. Betul ke aku ni nak jaga anak teruna orang ni? -_-". Takkan nak menyerah sebelum usaha. Itu bukan saya. InsyaAllah boleh punya! Daripada tak kawen baik kawen. Tetibe ayat gatal pulak:)
Ramai tanya kenapa saya suka dia. Ramai nak tau siapa dia. Tetibe dia menjadi hotstuff.
I love him with no reason :)
Oklah babai. Saja nak test tulis kat sini. Lepasni abang pulak kena tulis.
Oklah babai. Saja nak test tulis kat sini. Lepasni abang pulak kena tulis.
Love,
Sayang (Natasha).
No comments:
Post a Comment