Salam,
Pertama kali saya kenal dia tahun ni rasanya. Kenal sebagai abang kepada kawan adik saya. Semuanya cepat. Tetiba rasa dah nak kahwin. Hahaha. Semua orang terkejut termasuk saya pun terkejut.
Masa awal dia call ma saya dan ma saya cakap dengan saya, lepas tu dia pun call saya. Rasa TERKEJUT. Dalam hati masa tu kata, "biar benar budak ni serius ke?". Terus malam dia melamar tak dapat tidur bercampur dengan hari pertama praktikal di tempat baru. Esok pagi tambah lagi terkejut sebab dia kata nak merisik masa raya nanti. TERKEJUT dua kali sebab rasa dia memang betul-betul serius.
Tapi hati saya masih ragu-ragu. Terus petang selepas balik dari hospital saya tanya dia apa rancangan dia untuk menikah. Terus dia balas balik dengan ayat yang yakin, nak bertunang bulan 12 tahun ni dan menikah bulan 6 tahun depan.(saya masih simpan sms ni dalam hp, panjang lagi sebenarnya)
Saya ni memang suka bertanya, saya tanya lagi dia memang yakin ke dengan pilihan dia nak jadikan saya isteri. Ayat yang saya tak boleh lupa, "saya harap sangat awak jadi isteri saya". Senyum sorang-sorang masa tu. Hehe. Kantoi!
Lepas sebulan dari tarikh dia lamar saya baru hilang rasa ragu-ragu. Semakin lama kenal semakin jatuh cinta. Hee. Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Masuk bulan kedua semakin sayang lagi rasa :)
Tersenyum dah tulis entri kali ni.
No comments:
Post a Comment